Tuesday, October 6, 2009

Kepada Semua Pelajar Tingkatan Tiga SMA SZA, Ladang...

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada;
Pengerusi dan Semua Exco
Persatuan Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin,
Ladang, Kuala Terengganu
Semoga Anda Semua Akan Beroleh Kejayaan Dunia & Akhirat

Saturday, October 3, 2009

Perancangan PBPSMASZAL 2009/2010

PERANCANGAN

1. Solat Hajat

Pihak PBPSMASZAL telah bersetuju untuk menganjurkan satu program solat hajat untuk pelajar SMASZAL yang akan menduduki peperiksaan SPM pada akhir Tahun.Insyallah kepada semua ahli jawatankuasa PBPSMASZAL Kuala Terengganu dijemput hadir untuk merai dan menjayakan program tersebut.

2. Jalinan Kasih

Insyallah pihak Ahli jawatankuasa telah memutuskan program JALINAN KASIH WARGA SMASZAL. Program tersebut akan dijalankan pada pertama Hari Raya Cina 2010 oleh anjuran PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG KUALA TERENGGANU.

3. Majlis Aidil Fitri ke 12 pada 2010
Insyallah pihak Ahli jawatan kuasa telah memutuskan Majlis Aidil Fitri ke 12 pada Hari Raya Aidil Fitri pada 4 Syawal 1431H. Dengan program itu juga semua warga SMASZAL yang sudah menjadi Ahli PBPSMASZAL atau belum boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi pihak penganjur bermula selepas Perayaan hari Raya Haji 2009 nanti.

Kepada semua penyumbang, penderma dan mereka yang berminat bolehlah menghantar nama penuh SMS (Pengerusi -013 9808037,Naib Pengerusi 013 3407295) atau emailkan kepada pbpsmaszal@yahoo.com.my atau

Sunday, September 20, 2009

LAILATUL-QADAR

Assalamulaikum,

"Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul - Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan"-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.

Sinaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.
"Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)'-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : "Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir". ( Kitab Durrah al - Nasihin ).

Kebanyakkan ulama berpendapat, Lailatul-Qadar ialah malam mula diturunkan al- Quran, iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 40 setelah Nabi Muhammad dilahirkan. Rasulullah bersabda : "Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain"- Hadis riwayat Anas r.a. Rasulullah pernah memikirkan mengenai umur umatnya yang pendek berbanding umat nabi-nabi yang lain (Sekitar 60-70 tahun jarang yang lebih daripada itu). Dengan rahmat Allah dikurniakanNya malam Lailatul-Qadar yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000 bulan.

Hadis lain menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm'un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm'un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm'un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.

Akhirnya Syarm'un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. "Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!" Dedahan ini memerangkap dirinya.. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm'un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm'un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.

Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm'un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm'um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm'un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm'un..

Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain. Perbualan nabi Musa a.s yang terkenal suka berdialog dengan Allah.

· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin mendekatiMu?"
· Allah: "Apabila engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin RahmatMu?"
· Allah: "Rahmat dan belas ikhsanKu kepada mereka yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar!"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin melintasi Titian Siratul Mustaqim selaju kilat"
· Allah: "Hanya jika engkau menghidupkan malam Lailatul-Qadar"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin duduk dibawah pohon syurgaMu dan menikmati buah-buahannya?"
· Allah: "Dirikanlah ibadat pada malam Lailatul-Qadar!"
· Nabi Musa a.s: "Ya Allah aku ingin selamat daripada api neraka?"
· Allah: "Wahai Musa, carilah keberkatan pada malam Lailatul-Qadar!"

Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat, itulah kelebihan umat Muhammmad antaranya diampunkan dosa-dosanya pada malam Lailatul-Qadar belum pernah terjadi kepada umat lain sebelum ini. Disamping doa dan harapan kita umat Islam untuk mendapat kesejahteraan hidup, rezki yang berkat, ilmu yang bernafaat, kesihatan yang baik dan sebagainya tiada hijab untuk Allah menrima dan memakbulkannya. Melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya iaitu:-

1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
3. Orang yang memutuskan silaturahim.
4. Orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih 3 hari.

Lailatul-Qadar membawa makna Malam Kemuliaan dan Kebesaran iaitu malam terkumpulnya keseluruhan al-Quran di Lauhul-Mahfuz sebelum diturunkan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Surah Ad-Dhukaan ayat kedua juga di sebut mengenai kemuliaan al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul-Qadar:
"Demi al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguh Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat...(Kami menurunkan al-Quran pada malam berkat itu dijelaskan malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku),-tidak bertukar atau berubah.

Satu lagi hadis menceritakan mengenai beberapa orang bani Israel menghabiskan masanya lebih 80 tahun menyembah Allah s. w. t. Mereka ialah Nabi Ayub, Nabi Zakaria dan Nabi Yusya. Mendengar itu sahabat Rasulullah s.a w. takjub dan bertanya bagaimana cara untuk menyaingi mereka itu, lalu Rasulullah bacakan Surah al-Qadar.
Ibnu Hazam berpendapat:-

· Jika bulan Ramadan 29 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 20, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang genap.
· Jika Ramadan genap 30 hari - maka 10 hari terakhir bermula malam ke 21, maka Lailatul-Qadar jatuh pada malam yang ganjil.

Lailatul-Qadar adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. yang tidak ternilai fadhilatnya. Ini ada kaitan dengan umur manusia di zaman akhir ini (Umat Muhammad).

Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah s.a.w." Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?"Tanpa menunggu jawapan, Jibril a.s sendiri menjawab pertanyaan itu " Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat .....". Lailatul-Qadar hanya satu malam sahaja dalam malam bulan Ramadhan.

· Ulama sependapat mengenai tarikhnya, namun kebanyakkan menyatakan tarikhnya ialah pada malam 27 Ramadhan ( Malam 7 likur ).
· Iman Syafie r. a. menyatakan Lailatul - Qadar pada malam 21 Ramadan dan lain-lain ulama menyatakan pada malam 23, 25 dan 29 Ramadhan.
· Ada yang menyatakan daripada 10 malam akhir Ramadhan samada malam yang ganjil atau genap.

Sahibul-Tanbih r a. menyatakan, Lailatul-Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan berdasarkan jumlah huruf kalimah Lailatul-Qadar (Dalam tulisan al-Quran) iaitu jumlahnya 9 didharabkan dengan 3 (Kerana disebut 3 kali dalam asurah berkenaan) lalu dapat 27.

Mengikut Ibnu Abu Hurairah r.a., Abu al-Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam Lailatul-Qadar itu berdasarkan hari awal Ramadhan seperti berikut :-

· Hari Ahad dan Rabu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 29 Ramadhan.
· Hari Isnin maka Lailatul- Qadar pada malam ke 21 Ramadhan.
· Hari Selasa dan Jumaat maka Lailatul- Qadar pada malam ke 27 Ramadhan.
· Hari Khamis maka Lailatul- Qadar pada malam ke 25 Ramadhan.
· Hari Sabtu maka Lailatul- Qadar pada malam ke 23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. "Sesiapa menghidupkan (Beribadat sepanjang malam) malam Lailatul-Qadar dan mendirikan sembahyang dua rakaat, kemudian memohon keampunan daripada Tuhannya, maka diampunkan dia oleh Allah Taala dan di masukkan kedalam rahmatNya, kemudian disapukan dia oleh Jibril a.s. dengan dua sayapnya. Barangsiapa disapu oleh Jibril dengan sayapnya maka didalam syurgalah tempatnya.....".

Dalam riwayat lain,"Sesiapa mendirikan sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah, al-Kauthar dan al-Ikhlas tiga kali, dimudahkan menghadapi sakratul maut, dikecualikan daripada azab kubur dan dikurniakan empat tiang daripada nur tiap- tiap satunya terdiri 1000 mahligai".

Lantas dirikanlah:-
1. Sembahyang sunat 2 rakaat, setiap kalinya dibaca surah Fatihah 1x dan surah al-Ikhlas 7x.
2. Diikuti bacaan istigfar (Astaghfirullahal azim wa atubuilaihi), zikrullah (La ilaha illallah, Allahu akbar), bertasbih (Subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim), selawat (Allahumma sholli'ala saidina Muhammad).
3. Sembahyang sunat tahajjud.
4. Sembahyang sunat tasbih.
5. Mereka yang bertemu Lailatul-Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri dan disalami oleh para ,alaikat, hendaklah segera membaca: "Allahumma innaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli".

Membaca surah al-Qadar 7x selepas sembahyang Isyak akan menjauhkan kita dari malapetaka. Tidak menjadi alasan wanita yang haid, walaupun uzur hendaklah memperbanyakkan:-

{Doa.
{Beristighfar.
{Bertasbih.
{Bertahmid.
{Bertakbir
{Bersedekah
{Menjaga maruah dan akhlak
{Sentiasa berada dalam keredaan suami (bagi yang berkahwin).
{Sentiasa berada dalam keredaan ibu bapa (bagi yang tidak berkahwin).

Apabila berakhirnya bulan Ramadhan , menangislah wali-wali Allah, menagislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala malaikat kerana berlalu pergi bulan itu. Berlalulah segala kelebihannya:

{Bulan yang dilipatgandakan pahala dan ganjaran.
{Bulan yang mudah Allah ampunkan taubat hamba-hambaNya.
{Bulan yang banyak sekali diturunkan rahmat ke semesta alam dan
{Bulan yang terdapat padanya MALAM LAILATUL-QADAR!

Sabda Rasulullah SAW "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Diemailkan oleh Saudara Nabil

Tuesday, August 25, 2009

PERUTUSAN SETIAUSAHA SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADAN AL-MUBARAK & HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-52

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Allah SWT berfirman:

"Setiap amalan anak Adam itu baginya, kecuali puasa. Maka ia adalah untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa itu adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka janganlah dia menghampiri isterinya (menyetubuhinya) pada hari itu dan janganlah pula meninggikan suara. Sekiranya dia dihina oleh seseorang atau diajak berkelahi maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, maka bau mulut orang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang menggembirakannya. Tatkala berbuka puasa dia bergembira dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan sebab puasanya. "
Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim
Warga SMASZAL yang dikasihi sekalian terutama Ahli Jawatakuasa PBP SMASZAL,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dan pujian ke hadrat Allah SWT, kerana dengan taufiq dan limpah kurnia-Nya kita masih diberi nikmat untuk hidup di bawah naungan dan ajaran Islam serta dipanjangkan umur sehingga kita boleh sekali lagi menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak bagi tahun ini yang akan tiba beberapa hari lagi. Semoga kedatangan Ramadan al-Mubarak bagi tahun ini akan menjadi satu peluang terbesar kepada kita untuk mengaut seberapa banyak pahala daripada pelbagai ibadat yang akan kita lakukan.
Muslimin dan muslimat sekalian,
Bulan Ramadan merupakan bulan yang bersejarah. Selain al-Quran diturunkan, banyak lagi detik-detik bersejarah dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan juga adalah bulan kemenangan bagi umat Islam. Menyusuri titipan sejarah, kemenangan gemilang umat Islam di bulan Ramadan bermula dengan kemenangan pertama umat Islam terhadap orang-orang musyrik Mekah dalam peperangan Badar Kubra. Kemenangan ini adalah kerana kekuatan jiwa, rohani dan nilai taqwa dalam diri para pejuang. Inilah kunci umat Islam menjadi umat terbaik, disanjung dari timur ke barat, dan mendapat limpahan rahmat Allah SWT atas apa yang mereka usahakan. Namun, sekarang ini ramai umat Islam percaya bahawa kejayaan hanya dapat diraih melalui kekuatan fizikal dan kekayaan dunia semata-mata. Mereka seolah-olah lupa bahawa Allah SWT yang berkuasa untuk menewaskan orang-orang musyrik dan memberi kemenangan kepada umat Islam sekiranya mereka mempertingkatkan dan memperkukuhkan hubungan mereka dengan Allah SWT. Justeru, bulan Ramadan al-Mubarak adalah batu loncatan bagi memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT, pencipta seluruh alam.
Muslimin dan muslimat yang dikasihi,
Bulan Ramadan adalah bulan rahmat dan pengampunan. Ia adalah rahmat daripada Allah SWT bagi hamba-Nya yang beriman. Di dalam bulan ini, Allah SWT menawarkan pakej pengampunan yang cukup istimewa yang semestinya menguntungkan kita sebagai hamba-Nya. Pada bulan ini sahajalah, dan tiada di bulan-bulan lain, Allah SWT membuka semua pintu syurga dan menutup semua pintu neraka. Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan."
Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim & al-Nasaei.
Di bulan Ramadan ini, Allah SWT menerima taubat semua hamba-Nya dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka yang bertaubat kepada Allah SWT. Maka janganlah kita melihat amalan berpuasa sebagai menyeksa diri sendiri dan bulan Ramadan sebagai bulan seksaan seperti yang dianggap oleh sesetengah orang. Pohonlah keampunan dari Allah SWT dengan penuh ikhlas dan tawadhu’. Bertaubatlah kepada-Nya dengan taubat nasuha. Sesungguhnya Allah SWT menerima segala taubat hamba-Nya selagi mana ia tidak mensyirikkan-Nya.
Warga SMASZAL dan AJK PBP SMASZAL yang dihormati,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Sesungguhnya dengan ketibaan bulan Ramadan, janganlah kita terpedaya dengan anggapan bahawa masih banyak lagi hari dalam bulan Ramadan, maka kita bermalas-malasan untuk melaksanakan ibadat. Rebutlah peluang Ramadan yang datang setahun hanya sekali ini dari awal bulan lagi kerana awal bulan Ramadan ini adalah rahmat dari Allah, pertengahannya pula adalah keampunan, dan akhirnya pula adalah kelepasan dari api neraka. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan zikir, bacaan al-Quran serta segala ibadah yang mampu dilakukan. Semoga ibadah kita di bulan Ramadan kali ini akan mendapat keredhaan Allah SWT.
Warga SMASZAL dan AJK PBP SMASZAL yang dihargai,
Selain daripada sambutan bulan Ramadan al-Mubarak, negara kita turut menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 52 pada 31 Ogos ini. Sempena merayakan ulang tahun kemerdekaan, marilah kita terus komited untuk memajukan persatuan kita, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam menjadikan negara kita sebagai warga smaszal yang di kenali di rantau ini.
Persatuan Bekas Pelajar SMASZAL telah lebih daripada 13 tahun penubuhannya sentiasa berusaha untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang baru sejajar dengan visinya untuk menjadi NGO yang boleh mermartabatkan nilai murni Islam. Kita harus terus bekerja keras untuk memenuhi hasrat persatuan ini dalam menjadi panduan utama dan sumber rujukan bagi program dan perkhidmatan berinovatif sejajar dengan pemodenan zaman.
Tema perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ mencerminkan kesungguhan pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berlainan agama, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Konsep ini perlu diterapkan ke dalam sanubari dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat bagi memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 menjadi suatu realiti.

Perpaduan adalah amat penting bagi mengekalkan kemerdekaan, keharmonian serta bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini, rakyat perlu memajukan diri dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum serta agama yang membawa kepada perpaduan yang kukuh. Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghindarkan diri daripada segala bentuk diskriminasi perkauman dan juga keagamaan demi perpaduan rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia, juga sejajar dengan sifat-sifat serta prinsip-prinsip Rasulullah SAW, yakni sebaik-baik contoh teladan manusia.
Akhir sekali, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana diberikan kesempatan untuk sekali lagi bertemu dengan Ramadan al-Mubarak, bulan mulia dan penuh kelebihan di sisi Allah SWT buat para hamba-Nya, sambil kita merayakan Hari Kemerdekaan kita. Insya-Allah, perjuangan mulia kita akan direstui oleh Allah SWT.

Thursday, October 23, 2008

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI 5/08

PERSATUAN BEKAS PELAJAR
SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN,
LADANG, KUALA TERENGGANU (SMASZAL)
9699 Taman Sri Pandan 3,
Kampong Gong Pauh,
24000 Kuala Terengganu.
Tel : 09 8595599 / 017 725 0560
Website:
www.geocities.com/sma_szal/ E-mail:smaszal@hotmail.com

Rujukan : smaszal/003/08/(1)
Tarikh : 20hb Oktober 2008

Kepada;


  1. En.Mohd Almeida Mohd
  2. En.Wan Husbi Wan Mohd
  3. En.Mohd Nabil Endut @ Abdul Razak
  4. En.Abdul Khalil Ali
  5. En.Mohd Sufian Mohamad
  6. En. Esham Busu
  7. En Mohd Shafie Omar
  8. En Muhamad Tarmizi Jaafar
  9. En Zaidon Abu Bakar
  10. En.Yusainy Yusof
  11. En Pauzi Said
  12. YM Engku Azhari Muda
  13. En Rozali Mohamad
  14. En Sobahul Khairi
  15. En Abdul Hafaz Ngah
  16. En Mohd Arshad Alias
  17. En Rusli Bin Yahya
  18. En Bunyamin Al Mazuki

Tuan,

PER : MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI 5/08

Salam Sejahtera dan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMASZAL Sessi 2008/2011. Merujuk kepada perkara di atas saya selaku setiausaha persatuan menjemput semua ahli jawatan kuasa menghadiri mesyuarat yang tersebut di bawah:-

Tempat : Restoran Seri Wangsa
Pada : 24hb Oktober 2008 (Jumaat)
Waktu : 8.45 malam

Sila sahkan penerimaan sms Kehadiran tuan amatlah kami hargai dan kerjasama yang di tunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa.

Semoga Persatuan kita akan menjadi satu persatuan yang CEMERLANG,TERBILANG dan GEMILANG.


AGENDA :

  • Pembentangan perbelanjaan program Motivasi Rabbani
  • Pembentangan belanjawan Persatuan sehingga Oktober 2008
  • Pelaksanaan perancangan Program SMASZAL 003/08(PROGRAM KORBAN PERDANA SMASZAL)
  • Lain Lain Hal.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar.

(MOHD NABIL BIN ENDUT@ABDUL RAZAK)
Setiausaha
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN,

LADANG,KUALA TERENGGANU (SMASZAL)

S.K :
1) Pengerusi
2) Naib Pengerusi
3) Ahli Jawatankuasa Persatuan

Wednesday, October 8, 2008

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA RABBANI

 

blogger templates | Make Money Online